-
Notifications
You must be signed in to change notification settings - Fork 0
Pek Bahasa JawiCraft ‐ Log Perubahan
NuruddinPlays edited this page Sep 28, 2024
·
10 revisions
- Banyak ralat dalam fail bahasa telah diperbaiki, yang bermaksud bahawa fail-fail harus seharusnya telah berfungsi semula
- Pek telah dikemas kini untuk menyokong 1.21
- Ikon pek untuk 1.20.x-1.21.x telah dikemas kini untuk mencerminkan kemas kini 1.21, dengan beberapa aspek kemas kini 1.20 masih terlihat
- Beberapa teks tampilan telah dikemas kini
- Terbitan pertama bagi tahun 2024!
- Penyenaraian versi untuk versi Minecraft berikut telah dipermudahkan
- Pek 1.13-1.14, 1.15-1.16, 1.17-1.18 dan 1.19 semuanya telah digabungkan menjadi satu pek 1.13-1.19 tunggal
- Ikon pek sumber telah dikemas kini untuk pek 1.13-1.19, dengan penampilan kameo daripada EmpAhmadK, yang banyak membantu semasa pembangunan awal JawiCraft!
- Ini dilakukan untuk memudahkan proses pengemaskinian pada masa hadapan, terutamanya apabila mengira pek pra-1.13
- Apabila memuatkan pek dalam versi 1.13-1.18, abaikan amaran yang diberikan, kerana ia sepatutnya tetap boleh digunakan
- Banyak terjemahan yang dikemas kini, yang boleh dilihat sepenuhnya di sini
- Diperbaiki beberapa terjemahan Jawi (dan Rumi) yang tidak sempat ditambahkan ke dalam 1.20.5
- Dibawa beberapa pembaikan terjemahan daripada BetterMalay untuk terjemahan Rumi
- Untuk mendapatkan pengalaman sepenuhnya semua perubahan dan pembaikan pada terjemahan Rumi, muat turun pek penuh dan gunakannya di bawah pek JawiCraft dalam senarai pek sumber (atau ke atas jika anda tidak mahu menggunakan teks percikan Jawi)
- Diperbaiki beberapa kesilapan ejaan dalam terjemahan
- Terbitan Modrinth pertama!
- Ditukar kod bahasa daripada
ms_arab_my
kepadazlm_arab
, jadi ia akan cross-compatible antara versi sebelum dan selepas 1.19 - Digabungkan pek 1.17 & 1.18 ke dalam satu pek (1.17-1.18)
- Sokongan untuk versi pra-1.13 telah diperkenalkan semula!
- Untuk versi 1.7 - 1.10, selepas menerapkan pek, mulakan semula permainan anda untuk menerapkan perubahan fon/pasuan dengan betul (disebabkan oleh pepijat/bug MC-41270)
- Ditambah terjemahan bahasa Melayu untuk teks tampilan (splash text), credits dan End Poem, yang diambil daripada projek MCSplahes, oleh SmajloSlovakian
- Ditambah terjemahan Jawi untuk kebanyakan teks tampilan! Ada yang masih dikekalkan dalam bahasa Melayu Rumi atas sebab masalah tanda baca dan sebagainya
- Beberapa teks tampilan dengan tanda baca arab (cth. tanda fathah dan kasrah) akan kelihatan rosak disebabkan oleh cara sistem Unifont Minecraft berfungsi, terutamanya dalam versi pra-1.20
- Terjemahan penghargaan dan End Poem dikekalkan dalam bahasa Melayu Rumi kerana kemungkinan terjadinya masalah membaca teks Jawi di atas latar belakang tanah/dirt
- Mungkin akan dipertimbangkan semula nanti, tetapi buat masa ini, nikmati terjemahan Rumi!
- Ditambah terjemahan Jawi untuk kebanyakan teks tampilan! Ada yang masih dikekalkan dalam bahasa Melayu Rumi atas sebab masalah tanda baca dan sebagainya
- Dinyah-Jawi-kan teks "Hak Cipta Mojang AB.", disebabkan masalah penjajaran yang menyebabkan beberapa aksara dipaparkan di luar sempadan skrin (1.20.2+)
- Diperbaiki beberapa nama lukisan yang tidak diterjemahkan (Rumi & Jawi, 1.19.3+)
- Dikemas kini penghargaan dalam permainan dan penghargaan dalam fail zip
- Ikon pek dikemas kini untuk semua versi!
- Versi 1.7 - 1.14 & 1.17-1.18 telah dikemas kini latar belakangnya, untuk mencerminkan kemas kini masing-masing dengan lebih baik
- 1.15-1.16, 1.19 & 1.20 (bersama semua versi lain) hanya perlu mengemas kini logo JawiCraft, untuk menyelesaikan masalah kerning dalam teks "کرفت" (yang saya tidak pernah perasan sebelum ini)
- Dialih keluar tekstur "tampilan skrin pemuatan" tersuai, kerana ia merupakan ciri yang tidak digunakan daripada versi terdahulu
- Mungkin mendapat reka bentuk semula nanti
[Semua Versi]
- Diubah kesemua Hamzah Setara dalam fail bahasa kepada "Hamzah Tiga Suku" yang digunakan dalam tulisan Jawi
- "Hamzah Tinggi Kazakh" digunakan, dan tekstur fon juga diubah agar lebih mirip dengan hamzah tiga suku sebenar
- Terjemahan asas dikemas kini kepada 1.20.1
- Penghargaan (credits) JawiCraft dikemas kini di dalam permainan dan juga di dalam fail teks dalam pek
[1.20]
- Ditambah sokongan untuk 1.20
- Ditambah sokongan untuk format logo baharu
- Ditambahkan pembetulan nama untuk beberapa nama lukisan yang tidak diterjemahkan (dalam bahasa Melayu Rumi dan Jawi)
[1.19]
- Sesetengah pelanggan (client) dan/atau pelancar (seperti Prism Launcher) nampaknya telah membetulkan pepijat teks tampilan (splash text) Arab secara asli untuk saya
- Pek tambahan kini dikeluarkan untuk digunakan semasa bermain permainan menggunakan Prism Launcher (belum disahkan untuk MultiMC dan pelanggan lain)
- Ditambahkan pembetulan nama untuk beberapa nama lukisan yang tidak diterjemahkan (dalam bahasa Melayu Rumi dan Jawi)
[1.13.x - 1.18.x]
- Asas terjemahan telah dikemas kini ke 1.19.3
[1.19.x] [Abaikan amaran apabila memuatkan pek ini dalam versi 1.19.3]
- Asas terjemahan telah dikemas kini ke 1.19.3
- Fail bahasa kini merangkumi semua teks dan bukannya teks yang diubah suai sahaja
- Ini adalah untuk memudahkan saya kerana saya tidak perlu menapis terjemahan yang baru dikemas kini setiap kali saya perlu membuat kemas kini
- Ditambahkan semula versi Jawi bagi teks tampilan, terima kasih kepada penyelesaian yang saya temui baru-baru ini
- Dialih keluar pembetulan ZWNJ yang disediakan dalam pek, kerana ia telah diterapkan dalam permainan
- Dialih keluar penghargaan untuk pembetulan ZWNJ daripada penghargaan dalam fail zip dan dalam permainan
- Sedikit perubahan pada fail pack.mcmeta
- Mengembalikan pek kepada keadaan sedia kala, sebab dah habis dah bulan kemerdekaan
- Ditambahkan teks tampilan bertemakan Merdeka, dan juga beberapa yang lain
- Teks tampilan bertemakan Merdeka akan dialih keluar pada 17 September
- [1.13 - 1.16] Menambahkan credit pek kedalam credit dalam permainan (dengan teks berwarna)
- Menggunakan credit 1.16.5 sebagai asas
- [1.17 - 1.19] Mengemas kini credit supaya mempunyai teks berwarna
- Dikemas kini logo semua pek dengan logo JawiCraft versi Merdeka
- Akan dikembalikan kepada asal pada 17 September
[1.13 - 1.18]
- Asas untuk terjemahan dikemas kini ke semakan MC 1.19.1
- Terjemahan "لاۏا" diubah kepada "لاهر"
- Teks tampilan bertemakan bulan kemerdekaan dan beberapa yang lain ditambah...
- Terjemahan yang ditinggalkan dalam 1.8.1 ditambah
- Asas untuk credits dalam permainan dikemas kini kepada yang digunakan dalam MC 1.19.1
- Ralat ejaan diperbaiki: Penerjemah/ڤنرجمه -> Penterjemah/ڤنترجمه
- Credits dalam permainan untuk pek 1.16 dan kebawah akan ditambahkan semula dalam 1.8.2 (saya dah letih sebab kemas kini pek ni tambahan pula ada peperiksaan baru-baru ni T-T)
- Terjemahan Jawi dan Rumi untuk versi Combat Test 8c telah ditambahkan semula kedalam pek 1.16.2-1.16.5
[1.19.x]
- Terjemahan baharu untuk "Lava (Lahar/لاهر)", "Singleplayer (Ekapemain/ايکاڤماءين)" dan "Multiplayer (Multipemain/ميلتيڤماءين)" ditambah
- Ini menggunakan fail zlm_arab, dan bukan fail ms_arab_my yang pek ini gunakan
- Semua teks tampilan bertulisan Jawi dikeluarkan
- Sesetengah teks yang hanya sepenuhnya atau sebahagiannya ditulis dengan tulisan Jawi dalam senarai asal digantikan dengan versi Ruminya (yang juga ditambahkan ke dalam senarai asal)
- Ini dilakukan kerana tag 'bidirectional' tidak boleh ditetapkan kepada 'true' untuk bahasa yang sedia ada melalui pack.mcmeta, menyebabkan teks Jawi dipaparkan secara songsang dan tidak bersambung
- Logo pek dikemas kini
- Dan fasa backport projek kini telah bermula!
- Kini projek ini akan membawa terjemahan daripada versi terbaru Minecraft kepada versi yang lebih lama
- Fasa ini akan datang ke versi Pra-1.13 tidak lama lagi (mudah-mudahan)
- Projek ini juga kini merupakan sebahagian daripada projek koleksi yang akan saya mulakan yang akan saya umumkan apabila ia siap sepenuhnya
- Bahasa dinamakan semula kepada "بهاس ملايو (مليسيا)" untuk memadankan nama menjadi sama seperti dalam 1.19
- Terjemahan dikemas kini
- Akan dikemas kini dengan lebih lanjut dalam versi utama seterusnya, 1.8
- Teks tampilan yang berkaitan dengan Hari Raya Aidilfitri dialih keluar (sebab Syawal sudah pun tamat)
- Ditambah teks tampilan yang berkaitan dengan penambahan Jawi ke dalam Minecraft dalam versi Pra-keluaran 4 untuk 1.19
- Teks tampilan yang dimaksud ialah "Kini di Minecraft!" dan "کيني دماءينکرفت!"
- Versi 1.11-1.12 pek kini dialih keluar daripada senarai muat turun, dan akan ditambah semula dalam versi akan datang
- Ditambah sokongan untuk petikan 1.19 terkini
- Versi untuk petikan akan mempunyai nombor tambahan pada penghujung nombor versi
- Dialih keluar sokongan "regional compliancies" dengan locale Malaysia yang ditambah pada versi sebelumnya
- Sejujurnya saya merasakan bahawa ia tidak perlu ditambah pun
- Dihapus beberapa teks tampilan
- Ditambahkan tampilan yang kebanyakannya merujuk kepada sambutan Hari Raya Aidilfitri (iaitu pada 2 Mei :0)
- Akan dihapus daripada pek setelah Syawal tamat (iaitu pada 31 Mei)
- Juga ditambahkan teks tampilan yang merujuk beberapa ciri baharu dalam 1.19 dalam versi pek untuk petikan 1.19, dan lebih banyak lagi akan ditambahkan dalam versi seterusnya! :0
- Ditambah logo tersuai untuk skrin pemuatan Mojang Studios (tidak akan berfungsi dalam versi vanilla)
- Dikemas kini dan memperbaiki beberapa terjemahan (untuk versi 1.13 dan keatas, lebih banyak lagi akan diperbaiki dalam kemas kini seterusnya)
[1.18.x]
- Dikemas kini kepada 1.18.2
- Ditambah sokongan untuk fitur pematuhan serantau (regional compliancies) Korea Selatan (yang ditambah dalam 22w06a) dengan locale Malaysia
- Belum disahkan sama ada ini berfungsi atau tidak
- Ditambah sokongan untuk versi 1.19 Deep Dark Experimental Snapshot (cabang versi 1.18.1)
- Semua terjemahan disediakan oleh Ahmad Ali Karim
- Terjemahan Bahasa Melayu Rumi untuk versi ini juga tersedia di sini (juga disediakan oleh Ahmad Ali Karim)
[1.16.2 - 1.16.5]
- Ditambah sokongan untuk versi Combat Test 8c (cabang versi 1.16.2)
- Semua terjemahan disediakan oleh Ahmad Ali Karim
- Terjemahan Bahasa Melayu Rumi untuk versi ini juga tersedia di sini (juga disediakan oleh Ahmad Ali Karim)
[1.13-1.18]
- Dikemas kini semakan terjemahan kepada "Ahmad Ali's Revision"
- Saya menamakannya sebegitu kerana dedikasi Ahmad untuk melalui semua teks Minecraft, membetulkan dan meluluskannya dalam masa 3 hari sahaja
- Ditambah pilihan bahasa tersuai dalam menu pilihan Bahasa, dipanggil "جاوي (ماليسيا)", terletak betul-betul di atas "Bahasa Melayu (Malaysia)"
- Menggunakan kod bahasa tersuai "ms_arab_my"
- Bahasa akan berpatah balik kepada bahasa Inggeris apabila pek dimuat keluar, dan akan dipakai semula apabila anda memuat semula pek (jika anda tidak menukar bahasa sebelum memuatnya semula)
- Pepijat ZWNJ (MC-226359) kini dibetulkan dalam versi petikan 22w03a untuk 1.18.2
- Pembaikan sementara yang disediakan dalam pek untuk versi terdahulu kini akan diabaikan apabila dimuatkan dalam petikan 1.18.2 (dan kemudian versi keluaran 1.18.2)
- Ditambah bahagian penghargaan untuk JawiCraft di atas penghargaan Minecraft dalam penghargaan 1.17 dan 1.18. Kredit Minecraft tidak disentuh sama sekali
- Ditambah fail teks penghargaan dalam folder pek semua versi
- Ditgemas kini logo pek 1.18
- Ditambah beberapa teks tampil pada pek
[1.6-1.12]
- Ditambah pilihan bahasa "جاوي (ماليسيا)" tersuai (diterangkan dalam log perubahan 1.13-1.18)
- Dikemas kini beberapa terjemahan kepada semakan baharu
- Pek ini kini tidak lagi menyokong 1.6 secara rasmi kerana pepijat dengan sistem tulisan Arab dalam versi itu
- Pautan untuk memuat turun pek 1.6-1.8 dan 1.9-1.10 kini dialih keluar dan mungkin ditambahkan semula kemudian (atau tidak). Gunakan versi 1.11 - 1.12 buat masa ini
- Ini dilakukan untuk mengekalkan keserasian dengan bahasa tersuai yang ditambahkan, dan juga dengan CurseForge, kerana mereka tidak akan menerima pek format 1 dan 2 atas sebab tertentu
- Ditambahkan fail teks penghargaan dalam folder pek versi
- Ditambah beberapa teks tampilan pada pek
- Dikemas kini pek kepada 1.18.1
- Ditambah rentetan teks baharu pada fail bahasa realms
- Diperbaiki ralat terjemahan dalam fail bahasa realms
- Projek kini dikemas kini kepada keluaran 1.18
- Kemas Kini Terjemahan
- Terjemahan asas untuk versi 1.13 - 1.18 telah dikemas kini kepada terjemahan 1.18 pre-5
- Terjemahan untuk "Pemain Tunggal" dan "Pemain Berbilang" kini ditukar untuk semua versi
- "Singleplayer" - "Permainan Tunggal/ڤرماءينن توڠڬل" -> "Ekapemain/ايكاڤماءين"
- "Multiplayer" - "Permainan Jamak/ڤرماءينن جمع" -> "Multipemain/مولتيڤيماءين"
- Dilaksanakan penambahbaikan untuk pepijat ZWNJ (MC-226359) dengan mengubah suai fail glyph_sizes.bin dan unicode_page_20.png
- Tetapi ia tidak boleh dilaksanakan dengan betul ke dalam versi 1.6-1.8 dan 1.9-1.10 dikeranakan pepijat MC-41270, yang mempunyai ketidakkonsistenan dalam memuatkan fail glyph_sizes.bin milik pek sumber
- Ditambah teks daripada versi 1.18 Pre-release 2
- Diperbaiki sedikit ralat pada terjemahan dari versi sebelumnya (1.5.2 Hotfix)
- Ditambah teks dari 21w44a yang entah kenapa saya lupa nak tambah dalam fail bahasa v1.5.1 ;\
- Pek dikemas kini ke versi 1.18 Pre-release
- Mungkin tidak lagi mengemas kini versi ini melainkan terdapat teks baharu yang ditambahkan semasa versi pre-release akan datang
- Dikemas kini semua ikon pek (selain untuk versi 1.6 - 1.8)
- Ditambah sokongan untuk versi 1.6 - 1.12
- Akan mempunyai nombor versi mereka sendiri yang berasingan daripada yang utama
- Untuk versi 1.6-1.8 dan 1.9-1.10 version, anda perlu mengekstrak fail zip terlebih dahulu sebelum menggunakan
- Ditambah sokongan untuk versi petikan 1.18 (21w43a, akan dikemas kini setiap kali versi petikan terbaru diterbitkan)
- Diperbaiki banyak ralat terjemahan
- Dikemas kini semua logo pek
- Mungkin akan dikemas kini lagi nanti (or tidak)
- Diperbetulkan kesilapan taip yang kecil... Silap taip tersebut adalah pada nama terjemahan kemajuan "A Terrible Fortress" (Sebuah Kubu Teruk), yang disilap eja sebagai "بوکو/buku" dan bukannya "کوبو/kubu"
- Dibetulkan beberapa ralat terjemahan (dalam fail bahasa, bukan pada Crowdin)
- Ditambah versi Jawi baharu bagi logo skrin tajuk, terima kasih kepada Ahmad Ali Karim!
- Dikemas kini logo pek sumber
- Ditambah nama pek versi Jawi dalam logo pek sumber, juga terima kasih kepada Ahmad Ali Karim!
- Diperbaiki beberapa terjemahan
- Ditambah lebih banyak terjemahan
- Diperbaiki ralat yang kecil pada fail bahasa
Terbitan Pertama Pek ini
- Laman Sesawang Rasmi (Bahasa Melayu)
- Tempat Melaporkan Pepijat
- Glosari Minecraft untuk Rumi dan Jawi
- Pertubuhan di Modrinth
- MCEM di Twitter
- Pelayan Discord MCEM
- Pautan Muat Turun
- Penggandingan Pek
- JawiCraft Language Pack
- BetterMalay Language Pack
- Busana Melayu
- Senjata + Busana Melayu CIT Pack